Friday 14 December 2012

Funny Story Part 1......

Holla everybody....
Ok sebab arini aku tak berkesempatan menonton Maharaja Lawak Mega kat tv (of coz sbb tuan tanah kedaong nie x provide kuali atas bumbung) so terpaksa menonton secara online. Kerana tenet tersangat la lembab tahap kura2 pun laju agaknye so aku nak create funny story kat kowang. Tengah tension2 wat assignment yg berlambak giler nie,baik aku hibur kan aku dgn.mencerita kisah si Tijah nie. Actually aku dpt cerita nie dari my lecture BEL, Mr. Gopala Krishnan. X thu ape motif dia bagi kat kitowng, tapi layan jela. Maybe dia xnk tgok muka student2 nie berkerut memerah otak membuat term paper ( berkerut la sangat kan)..So this story begin....

A created story with no relation to anyone living or dead.

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur..Biasalah bila sudah duduk town, mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pulak dgn. lelaki mat salleh. Ke hulu kehilir menayang boyfriendnya yg. bermata biru tue. Punyalah eksyen si Tijah nie, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg jauh lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk mamutuskan perhubungannya dgn. lelaki mat salleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah Binti Awang Kecil, yg berjaya dicuri....

Mike......

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook.I know i clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I dont trust you again. You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now i know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know his result i pick is very correct, because you love she very high from me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I dont want banana to fruit two times.

Safe walk....
Tijah

Ehmmm kecian kat si Tijah ni. Her liver play-play by mike..hahahah...First thing first my lecture suruh read this article pasal si Tijah nie la..agak funny jugak la. Actually my lect bagi this article sbb nak student dia improve English language. Bak kata Usop Walcha " eengglishhh eduucation" (sambil mengerakkan jari jemari) is very important nowadays. Yelah sekarang nie pun nak interview keje pun kene pandai dwi bahasa, so di situ kita boleh nampak betapa pentingnya BI nie dalam kehidupan seharian event kat Malaysia pun. Tapi jangan la sampai melupakan bahasa ibunda kita. "Gunakan la bahasa kebangsaan kita, mari lah amalkan sama", tetiba jadik patriotik plak..ok la i have to go..Jangan lupa Bahasa itu jiwa bangsa...

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Wassalam...
Nieyra Harun ♥ ♥ ♥

2 comments: